Nasional

Pemimpin PH terlibat dadah: Muhyiddin jamin tidak campur tangan

MENTERI Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan beliau tidak akan campur tangan dalam tangkapan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta beberapa pegawai kepada menteri disyaki terlibat kes dadah.

Menurut Muhyiddin, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kes YB Adhif Syan dan beberapa lagi individu yang telah ditahan Polis pada satu serbuan pada awal pagi semalam.

“Saya tidak akan campur tangan dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang,” kata  Muhyiddin dalan saku kenyataan.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin turut menjelaskan salah seorang individu yang ditahan Pizi Jihat bukan pegawan pegawai khas beliau sebaliknya Jihat merupakan seorang kakitangan di ibupejabat Bersatu.

Hari ini media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang juga yang juga Ketua Armada Selangor telah ditahan oleh polis awal pagi tadi.

Turut ditahan empat pegawai khas ahli politik dan 13 individu dalam satu operasi, semalam.

Penahanan berlaku di sebuah kondominium di Jalan Puchong dan mereka berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita.

Turut ditahan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.-SM

 

 

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button