fbpx
Nasional

Pemimpin PH hipokrit kritik langkah kerajaan benar rakyat keluarkan KWSP

PEMIMPIN Pakatan Harapan  (PH) bersikap hipokrit apabila mengkritik langkah kerajaan memberi kelonggaran kepada rakyat untuk mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP mereka.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ketujuh juga turun menggunakan wang KWSP rakyat.

Katanya, pakej rangsangan ekonomi Covid yang dirangka Guan Eng dan diumum Tun Dr. Mahthir Mohamad yang dikatakan bernilai RM20 bilion hanya 0.2 peratus daripada KDNK ditanggung oleh kerajaan, iaitu RM2.8 bilion sahaja.

“Bahagian paling besar dari RM20 bilion iaitu melebihi RM10 bilion ini ditanggung rakyat sendiri dengan penurunan automatik peratus sumbangan gaji pekerja bulanan kepada KWSP dari 11 peratus tujuh peratus.

” Apa yang dibuat PH bulan Februari lalu juga pengeluaran simpanan KWSP rakyat,” katanya dalam hantaran di facebook.


Lagi pula kata Najib, pengeluaran KWSP itu bukannya dipaksa dan ia memang permintaan ramai rakyat untuk keluarkan bagi sementara waktu.

“Siapa nak beli rumah pada masa krisis Covid ini? Lagipun dividen KWSP tidak dijangka tinggi tahun ini akibat kemelesetan ekonomi suluruh dunia. Kalau tak setuju atau tak perlu, tak perlu keluarkan duit KWSP,” katanya.

Selain itu kata Najib, wang yang dikeluarkan daripada KWSP boleh dipulih semula selepas krisis berakhir.

“Rakyat diberi pilihan untuk mendeposit semula atau menambah caruman apabila krisis .berakhir. Kerajaan PN juga boleh membantu dengan membuat apa yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu untuk memulihkan dan meningkatkan simpanan pencarum KWSP.

“Iaitu dengan memberi peluang kepada KWSP menjana untung besar melalui projek-projek lumayan khas seperti projek Battersea, projek Kwasa Damansara serta pengambilan 49 peratus kepentingan dalam PLUS.

Kelonggaran simpanan KWSP ini katanta tidak melambangkan seluruh bantuan rakyat yang akan diberi atau melambangkan seluruh pakej rangsangan kerajaan PN.

“Pakej rangsangan ekonomi Covid tambahan PN hanya diumum pada 30 Mac nanti.  kelonggaran KWSP ini cuma satu dari banyak lagi insentif dan bantuan yang telahpun diumumkan kerajaan seperti:

  •  Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 6 bulan
  • MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
  • Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.
  • Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
  • Bantuan RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
  • Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
  • Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
  • Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
  • Elaun khas RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
  • LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
  • Penangguhan pembayaran pinjaman bank-bank
  • Bajet tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan.
  • Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri
  • BSH ditambah dan dipercapatkanKerajaan tanggung penuh kos makanan pelajar di Kediaman IPT sepanjang PKP
  •  Bajet tambahan RM2 bilion untuk projek-projek kecil yang disegerakan untuk kontraktor kecil. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button