NasionalPendidikan

Pelajar jadi duta kecil negara – Raja Muda Perlis

Golongan siswa siswi diharap dapat meningkatkan lagi rasa kesyukuran, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan negara serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Ilmu dan budaya adalah satu entiti yang berkait rapat. Secara tidak langsung, golongan pelajar bakal menjadi duta kecil bagi menjelmakan hasrat dan harapan negara kita ke arah itu.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Bicara Buku Mufti Perlis Peringkat Institut Pendidikan Guru Perlis, Tahun 2020’ yang diadakan di Dewan Besar kampus berkenaan di Jalan Padang Behor Kangar pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah IPG Kampus Perlis Hj Abdul Muhaimin Osman.

Hadir bagi menyampaikan bicara buku tersebut ialah Mufti Negeri Perlis Sahibus Samahah Datuk Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Tuanku Raja Muda, kurikulum pendidikan guru yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru adalah satu bentuk perancangan yang mantap dengan mengambil kira kemenjadian seseorang pelajar dari segi ‘kognitif’ iaitu pemikiran dan ‘afektif’ yakni nilai dan akhlak.

Program-program bicara buku yang dilaksakan dari masa kesemasa akan mampu melahirkan perubahan individu yang seimbang ke arah nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman intelektual dan membentuk emosi yang baik. Bicara juga membantu pelajar-pelajar khususnya yang baharu untuk mengenali personaliti diri dan potensi yang ada dalam diri masing-masing.

Melalui aktiviti bicara buku juga, potensi ilmu dan pemikiran dapat diterjemahkan. Bidang perguruan adalah bidang yang mencabar keupayaan setiap guru. Tidak semua individu dikurniakan ‘bakat’ dan kemahiran sebagai seorang guru. Oleh itu, siswa siswi diharap dapat mengapresiasikan medium sebegini untuk percambahan minda yang sihat dan segar, tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi.

Seramai 171 orang pelajar baharu IPG Kampus Perlis yang mendaftar pada awal September baru-baru ini hadir menjayakan program tersebut.

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button