JenayahNasional

Viral pemandu van dibelasah pemandu Proton Saga BML

SEMALAM tular di media sosial Facebook kejadian seorang pemandu van dipukul di lokasi PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.

Dalam video berdurasi 21 saat itu menunjukkan seorang lelaki menaiki kereta jenis Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih.

Lelaki itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata ‘nak lagi tak, nak lagi tak’ sambil menumbuk mangsa beberapa kali.

Lelaki berkenaan juga bertindak menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan.

Kejadian itu mendapat tindakan pihak polis yang membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A A Anbalagan berkata,

Katanya, sehingga pagi ini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan polis daripada kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan terhadap kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memohon kerjasama individu yang terlibat dalam kejadian tersebut atau orang awam yang melihat kejadian itu berlaku dan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sophian Sian di talian 016-5092654 atau Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-80742222 untuk tindakan lanjut,” katanya. – SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button