Nasional

Pemimpin kanan PPBM Johor kembali sokong UMNO dan BN- Tan Sri Annuar Musa

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor telah mengumumkan kembali menyokong UMNO dan BN.

“Saya tahu ramai lagi yang bersedia untuk berbuat demikian, insyaallah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menambah, gelombang ini bukan satu perkara yang tidak baik. Ia satu proses pemulihan ibarat belut pulang ke lumpur, sireh pulang ke gagang.

“Kita ahli dan penyokong setia pasti harus membuka pintu, menyambut kepulangan ini. Mudah-mudahan ia turut merintis kepulangan dokongan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dokongan personaliti, bukan organisasi atau idealogi. Lazimnya, hayatnya juga tidak lama. Namun UMNO adalah sebuah parti berakar umbi yang mempunyai organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti. Kepimpinan sering patah tumbuh hilang berganti.

“Saya mendoakan lebih ramai kawan-kawan yang dulunya meninggalkan parti ini, kembali semula. Kita bersama mendukung perjuangan ini. UMNO harus terus terbuka kerana UMNO harus memimpin,” katanya. – SM

(Visited 661 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button