Nasional

Guna dana Tabung Perkhidmatan Sejagat beli komputer untuk pelajar

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar kerajaan menggunakan dana Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk membeli komputer bagi diagihkan kepada dua juta pelajar yang memerlukan.

Najib berkata, tabung yang dikendailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu diwujudkan ketika pentabiran Barisan Nasional.

UPS mempunyai dana berjumlah RM8 bilion Ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14

Najib mendakwa dana tersebut sebahagiannya akan digunakan bagi projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

“Projek tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh PH dalam masa kurang setahun mereka mentadbir di mana antara penerima manfaat terbesar projek merupakan syarikat Opcom milik anak-anak PM4/7/7i.

“Nilai saham Opcom mencanak naik berganda-ganda semasa kerajaan PH mengumumkan kelulusan projek tersebut.

“Sumber dana terbesar bagi projek tersebut ialah dari Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi,” kata Najib.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, Kerajaan Perikatan Nasional mengambil keputusan untuk meneruskan projek NFCP.

Sejumlah RM7.4 bilion akan diperuntuk oleh SKMM untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar bagi tahun ini dan tahun depan.

“Tahun 2022 belum sampai lagi maka peruntukan dari tabung SKMM tersebut boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi dua juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid.

“Kos bagi dua juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

“Cara ini juga yang pernah digunakan kerajaan BN dahulu untuk memberi sekitar 1.7 juta netbook 1Malaysia semasa saya PM. Dana juga dari tabung SKMM,” jelas Najib.

Menurut Najib cara tersebut lebih adil berbanding pemberian 150,000 komputer bernilai RM150 juta kepada sebahagian kecil kelajar pelajar menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad.

Kerajaan boleh mempertimbang penjualan spektrum 5G secara terbuka seperti dibuat negara-negara lain bagi mengisi semula dana SKMM untuk meneruskan projek NFCP.

Najib berkata, antaranya tender terbuka spektrum 5G di Amerika Syarikat dianggarakan bernilai US$78 bilion.

“Tender terbuka bagi spektrum 5G Malaysia ini adalah satu keperluan sebab kekuatan kewangan kerajaan dan Petronas sudah terjejas akibat tempoh gagalkrasi PH yang tambah hutang negara pada kadar paling laju sekali berbanding BN dan menjarah rizab RM176 bilion Petronas ditinggal kerajaan BN.

“Juga akibat penggunaan kerajaan PN untuk melawan Covid pada keadaan pelaburan asing diterima Malaysia menjadi paling corot dalam ASEAN.

“Buatlah cara ini serta merta sebab saya percaya dana dalam Tabung USP ini masih ada,” kata Najib.

Menurutnya syarikat-syarikat telekomunikasi tidak akan membantah kerana mereka berpeluang menaikkan pendapatan dengan tambahan dua juta pelanggan pakej internet yang diberi bersama komputer.-SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button