Nasional

Pemimpin Hamas hubungi PM hargai keprihatinan Malaysia

Pemimpin tertinggi Hamas Ismail Haniyeh menghubungi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin semalam untuk mengucapkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin yang kini dizalimi regim zionist Israel.

Ismail Haniyeh berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Malaysia dan rakyatnya dalam mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang berhadapan dengan maut akibat serangan bom bertalu-talu daripada regim Israel.

“Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan,” kata Muhyiddin.

Dalam perbualan tersebut, Muhyiddin Ismail Haniyeh memaklumkan situasi semasa yang dihadapi oleh rakyat Palestin terutamanya mereka yang berada di wilayah Gaza.

“Saya amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sedangan mengambil langkah dan usaha dalam memperjuangkan hak rakyat Palastin yang ditindas dan dizalimi oleh regim Israel.

“Saya juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

“Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini,” tambah Muhyiddin.-SM

 

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button