Nasional

UMNO dakwa SPRM dijadikan alat politik

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjadi alat politik kerajaan.

Ini ekoran agensi itu mendedahkan rakaman perbualan peribadi ysng dikatakan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah pendedahan rakaman itu juga kemungkinan ada unsur menghina mahkamah ekoran kes perbicaraan melibatkan Najib sedang berjalan.

Armand Azha

“Hari ini kita lihat suatu permainan politik yang amat merosakkan, sebuah badan bebas negara SPRM dijadikan alat politik.

“Sebentar tadi SPRM telah dedah rakaman audio dakwa konspirasi jenayah tertinggi dikatakan suara Najib dan beberapa individu

“Bukankah kes ini masih berjalan di mahkamag? Bukankah ini menghina mahkamah yang dibuat oleh MACC ,”” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dalam satu kenyataan hari ni.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang akhbarnya mendedahkan beberapa perbualan peribadi dikatakan sebagai Najib dengan beberapa individu.

Armand Azha berkata, sebagai sebuah badan bebas kerajaan, SPRM sepatutnya hanya perlu buat sidang akhbar.

Rakaman audio tersebut sepatutnya kata beliau, diserah pada pihak polis untuk dibuat siasatan

“Paling jelas  bagi saya, rakaman suara ni laju ja kata dikenal pasti, tetapi rakaman video di Sandakan atau semburit sampai sekarang tak boleh selesai.

“Sedangkan terang-terang beberapa NGO telah pergi luar negara untuk dapatkan laporan forensik tak sampai satu minggu.

“Rakaman ini pula dikatakan dapat daripada pihak yang tidak dikenali dan tak pasti siapa.

“Kenapa tak persoalkan siapa yang buat rakaman tersebut*? Macam mana SPRM boleh buat kerja terdesak ini?

“Buat sidang akhbar terus dedah. Sepatutnya serah pada PDRM, dimana intergriti SPRM dalam isu ini?

*Pada pendapat saya SPRM telah menghina mahkamah.

“Ini semua bagi saya adalah utk jatuhkan momentum Barisan Nasion di PRK Kimanis. Satu rancangan busuk ciptaan rejim pakatan,” katanya. – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button