AgamaNasionalNegeri

Jawatankuasa Fatwa Perlis: Rakyat Palestin tentang Zionis satu jihad

PERLIS dalam Jawatankuasa Fatwanya sepakat memutuskan rakyat Palestin menentang Zionis Yahudi yang menceroboh dan memerangi umat Islam di watan mereka adalah satu jihad.

Fatwa itu juga menggariskan, mereka (rakyat Palestin) berhak untuk menerima kelebihan yang layak diterima oleh para mujahidin seperti zakat, bantuan umat Islam, doa dan jenazah mereka diuruskan sebagai syuhada.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis

Malah menjadi kewajipan umat Islam membantu mereka dengan sedaya yang mampu sebagai tanggungjawab sesama Muslim.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ini dibarisi oleh 15 ahli yang diketuai oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Fatwa ini diputuskan pada 17 Oktober 2023.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button