Nasional

Pemergian Tun Rahah kehilangan satu permata Johor

Pemergian Tun Rahah Mohamed Noah disifatkan sebagai kehilangan satu permata negeri ini yang menjadi saksi penting kepada pembangunan moden negara Malaysia.

Titah itu dizahirkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kepada Royal Press Office (RPO) yang kemudiannya dimuat naik menerusi Facebook rasmi baginda, sebentar tadi.

“Saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta seluruh keluarga beliau atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah.

“Kita kehilangan seorang permata negeri Johor yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara.

“Semoga roh Allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah baginda.

Rahah, isteri kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini, pada usia 87 tahun.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor itu merupakan individu penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, serta anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.

Rahah juga merupakan puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, yang berasal dari Muar, Johor.

— BERNAMA

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button