Hiburan

Namewee sokong Palestin, sifatkan Isreal pembunuh

Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee menyatakan sokonganya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan tanah airnya sendiri.

Namewee yang pernah direman berikutan beberapa isu, berkata, apa yang berlaku di Palestin bukanlah satu peperangan sebaliknya ia merupakan sebuah rompakan, pembunuhan dan tindakan pengganas.

Dalam hantaran di Facebooknya beberapa jam yang lalu dia berkongsi gambar memegang pasport Malaysia yang bertulis, Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel.

“Ini bukan peperangan, ini adalah rompakan, pembunuhanm tindakan pengganas.

“#NoToIsrael, #FreePalestine, #StandsWithPalestine,
#MalaysiaSupportPalestine,” katanya ringkas.

Perkongsian tersebut mendapat 25,000 reaksi, 2,100 komen dan dikongsi sebanyak 748 kali.

Ada kalangan pengikutnya yang gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh Namewee.

“Tepat sekali, berhenti bunuh orang yang tidak bersalah, pulangkan tanah mereka,” kata K Jay Ganesh.

“Ya kita mesti berdiri bersama dengan Palestin dan jangan lupa siapa yang berada di belakang pembunuhan itu,” komen Jackk Chia.

“Terima kasih kerana memberi kesedaran kepada orang ramai. Ini mengenai kemanusiaan. Bukan berkaitan agama,” kata Ana Syariah.

“Sekiranya anda meletakkan diri anda di kasut Palestin tempat kediaman anda diduduki, digeledah, dibom, dibunuh dan lain-lain. Anda akan tahu siapa yang harus disokong,” sokong Lim Saw Wei.

“Walaupun saya bukan Islam, saya menyokong palestine, ini bukan soal agama tetapi kemanusiaan !” kata Suresh John.

Bagaimanapun ada juga kalangan pengikut Namewee tidak senang dengan sokongan yang ditunjukkan beliau terhadap Palestin.

“Biar betul. Uruskan negara anda terlebih dahulu. Hampir 7000 kes semalam,” kata Windsor Lim yang merujuk kes Covid-19.

“Selesaikan masalah negara kita sendiri dulu, ekonomi Malaysia sangat teruk sehingga banyak orang menganggur dan kes setiap hari meningkat mengapa kepochi urusan negara orang lain,” tegur Kelvin Ng.

“Mohon didik diri anda sebelum membuat sebarang kenyataan. Terima kasih,” komen Sanmugan Raman.

“Sekarang anda sangat pintar untuk mendapat populariti dari Melayu dengan menggunakan isu ini
setelah banyak kontroversi anda mendapat ‘keuntungan’ dari mereka,” kata Yehezkiel Lim.-SM

 

 

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button