NasionalNegeri

Aktiviti kokurikulum bina kemahiran insaniah pelajar – Raja Muda Perlis

PENGLIBATAN pelajar sekolah di dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu membina kemahiran insaniah atau ‘soft skills’ yang dikaitkan dengan sifat personaliti individu, bijak berkomunikasi, berdaya tahan dan berinovatif.

Ia merupakan elemen yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar di sekolah di samping pencapaian akademik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan para pelajar sambil diperhati Naharudeen (kiri) selepas merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Dato’ Ali Ahmad, Jalan Dato Ali, Kangar.

Penguasaan kemahiran ini adalah untuk memastikan setiap pelajar menjadi insan yang berkemahiran untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah, berinovasi serta berdaya saing.

Lima kemahiran insaniah penting yang diperlukan oleh seorang pelajar iaitu kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran “interpersonal”, mengendalikan masa, mengutamakan kerja-kerja dan kepimpinan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ali Ahmad, Jalan Dato Ali, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan merasmikan Perpustakaan Ar Razi semasa Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Dato’ Ali Ahmad, Jalan Dato Ali, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Pengetua Sekolah, Mohamad Nor Man.

Menurut Mohamad Nor, SMK Dato’ Ali Ahmad telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam SPM 2022 dengan calon layak sijil meningkat daripada 89 peratus kepada 98 peratus dan keputusan 100 peratus lulus Bahasa Melayu.

Seorang muridnya telah dipilih mewakili negeri Perlis dalam program Jambori Skim Lencana Anti Dadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Dalam bidang sukan pula, Amsyar Zahin Mohd Hafiz telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) bawah 15 tahun.

Sempena program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan Perpustakaan Ar Razi yang merupakan perpustakaan baru di sekolah ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para pelajar dan guru ketika merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Dato’ Ali Ahmad, Jalan Dato Ali, Kangar.

Ia berkonsepkan taksonomi seperti Teknologi Maklumat, ‘Internet of Things (IoT)’, Keusahawanan, Pertanian, Pengurusan Acara dan Komunikasi.

Antara sudut yang terdapat di pusat ilmu ini ialah seperti sudut pidato, info digital, santai ‘corner’, kaunter sirkulasi, sudut permainan dan sudut pembelajaran berasaskan teknologi maklumat.

Raja Muda Perlis yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis menzahirkan agar usaha memupuk kemahiran insaniah perlulah kerjasama daripada semua pihak bagi melahirkan rakyat Perlis yang benar-benar bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan. – SM

BACA Pelajar ISM mampu hasil jualan RM260,000 setahun

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button