Mahkamah

Bekas penghuni Sekolah Henry Gurney mengaku liwat kanak-kanak 12 tahun

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini dikejutkan apabila bekas penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka menangis atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak di sebuah asrama mualaf Mei lalu.

Tertuduh, Bilal Rayyan Abdullah, 20, didakwa atas empat pertuduhan berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Bagaimanapun dia hanya mengaku bersalah dua daripada empat pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Empat pertuduhan itu tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di bilik asrama dan tandas lelaki Kompleks Darul Huda, Balai Islam Melaka pada 14,15, 22 dan 23 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, bekas pelajar Sekolah Henry Gurney itu boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan ke atas tertuduh walaupun dia mengaku salah. terhadap dua daripada empat
pertuduhan.

Beliau turut memohon tarikh baru sementara menunggu laporan sosial tertuduh yang berusia 20 tahun dua bulan.

Mohd Sabri kemudian menerima permohonan pendakwaan dan menetapkan 1 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar fakta dan menjatuhkan
hukuman.

Selasa lalu akhbar melaporkan seorang murid tahun enam melalui detik hitam apabila diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebilik sebuah asrama lelaki mualaf di Melaka Tengah di sini, sepanjang Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah dilaporkan berkata, tindakan nafsu songsang suspek itu berlaku ketika mangsa sedang tidur dan ketika berada di tandas asrama berkenaan.

Menurutnya, perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa akhirnya menceritakan perkara itu kepada bapanya Ahad lalu selepas tidak tahan sering diganggu suspek.
– SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button