NasionalNegeriPendidikan

Raja Puan Muda anugerahkan ijazah pada 384 graduan UniMAP

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menganugerahkan ijazah kepada 384 graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

pada Istiadat Konvokesyen Ke-16 bagi Sidang Ke-Tiga di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Penanugerahan ini diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian bagi jurusan Mikroelektronik, Komputer, Elektronik Bioperubatan, Elektronik, Perhubungan, Fotonik dan juga Rangkaian Komputer pada semalam.

Pada petang sebelumnya dalam Sidang Ke Dua Istiadat yang sama, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen merangkap Pro Canselor universiti berkenaan berkenan menyampaikan ijazah kepada seramai 407 graduan.

Penerimanya adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa) dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian).

Keberangkatan tiba Raja Puan Muda yang diiringi anakanda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

 

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dalam siaran rakaman titah Baginda kepada sekalian yang hadir telah menasihatkan supaya para graduan sedar bahawa walaupun mereka berkemungkinan tidak akan terus menyandang jawatan yang tinggi di awal alam pekerjaan.

Bagaimanapun titah Baginda, mereka harus mampu untuk mempamerkan sifat seorang pemimpin yang disegani.

“Ini kerana pekerja yang mempunyai nilai tambah ini, akan memberikan persepsi yang mantap kepada para majikan kelak,” titah Baginda. – SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button