Hiburan

Jimmy Shanley sedia bantu artis, khusus ibu tunggal

JIMMY Shanley berkata, beliau bersedia membantu artis lain yang dilanda masalah walaupun dia sendiri dikategori artis sendu.

Beliau bukan artis papan carta atas yang sebelum ini mendapat peluang berderet-deret menjadi pengacara, pelakon dan sebagainya.

Jimmy Shanley menawarkan bantuan itu melalui posting di facebooknya.

jimmyshanley

BACA:

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. “Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?? Maka semut itu menjawab “wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, “Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??

Maka semut itu menjawab, ” Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat..”

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut.. Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.. #Zakat #PPZ @pusatpungutanzakat

Sebelum ini terdapat artis yang menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan Pakej Rangsangan Prihatin diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak memperuntukkan khas bantuan kepada artis.

Bagaimanapun tindakan artis itu dikecam oleh orang ramai kerana mereka membandingkan artis-artis Korea yang turut menyalurkan dana kepada kerajaan bagi menangani kesan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. – SM

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button