NasionalNegeri

Hotel Seri Malaysia Kangar rai 25 anak yatim

HOTEL Seri Malaysia (HSM) Kangar telah meraikan 25 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) pada majlis berbuka puasa malam tadi.

Francaisi/Pengurus Besarnya, Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, penganjuran majlis ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel ini bagi meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan ini.

Datuk Zahriah Abd Kadir

 

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PKAYPs, Datuk Abd. A’zib Saad.

Pada majlis itu juga Zahriah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim berkenaan.

Zahriah memberitahu, buffet Ramadan kali ini bertemakan “Mai Bazar Citarasa Kampung”.

“Tahun ini kita menukar lokasi buffet Ramadan ke Dewan Anggerik 1, 2 dan 3 bagi menyediakan ruang makan lebih luas supaya pelanggan merasa lebih selesa,” katanya.

Katanya, kali ini pihaknya menyediakan lebih 100 jenis pilihan makanan.

“Tidak lupa kita menyediakan makanan untuk kanak-kanak yang hadir bersama keluarga masing-masing seperti nugget ayam dan kentang goreng,” katanya.

Beliau berkata, tidak ketinggalan juga gulai kawah daging dan rebung yang menjadi menu kegemaran orang Perlis.

Zahriah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim.

Katanya, kambing bakar juga termasuk dalam buffet kerana ia menjadi kegemaran ramai.

Beliau berkata, disediakan juga sudut khas bagi memenuhi kehendak pelanggan OOTD yang menjadi trend masa kini selain “live band” untuk lebih santai.

Pemanis mulut antara menu buffet Ramadan HSM.

Harga buffet ini hanya RM65 bagi dewasa, warga emas/istimewa (RM60) dan kanak-kanak 6-12 tahun (RM35). – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button