Hiburan

Gitaris dan vokalis kumpulan Kembara meninggal dunia

Bekas ahli kumpulan Kembara yang popular sekitar tahun 80-an, Hamdan Atan atau dikenali dengan nama A. Ali, 71, meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Huda, yang memberitahu ayahnya meninggal dunia ketika berada dalam keadaan tidur.

“Jenazah berada di Hosital Kajang untuk urusan dibawa balik ke rumah di Semenyih.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas solat zohor,” katanya.

Menurut anaknya, ayahnya meninggal dunia ketia dia tidur kembali selepas bangun pada waktu Subuh.

Jelasnya, pemergian ayahnya itu disedari ibunya selepas tidak bangun selepas beberapa kali dikejut kira-kira pukul 8 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, sembilan anak dan 10 cucu.

A.Ali merupakan vokalis dan pemain gitar bagi kumpulan Kembara yang turut dianggotai oleh S. Sahlan dan M.Nasir.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan bersama Kembara ialah pada malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya pada November 2014.

Selain bersama Kembara, Allahyarham juga aktif sebagai komposer dan antara lagu yang mendapat sentuhannya ialah Menaruh Harapan dendangan Zaiton Sameon dan Diri Ku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter. -SM

(Visited 730 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button