Nasional

Covid-19: Kes baharu melonjak 150, satu kematian

KES jangkitan Covid-19 melonjak 150 kes baharu setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan jangkitan sebanyak 124 kes baru hari ini.

Sementara 11 kes di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan empat kes di Pahang. Ini menjadikan keseluruhan kes positif 10,919 setakat ini, manakala kes aktif pula sebanyak 950.
Satu kematian turut direkodkan di Sabah, menjadikan jumlah kematian kepada 134.
Dr Noor Hisham berkata enam pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala empat orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button