Parlimen

Pembinaan ECRL capai 19.09 peratus, lalu Selangor

PEMBINAAN Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telahpun mencapai 19.09 peratus berbanding jadual asal sebanyak 18.3 peratus sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, pembinaan bermula bulan Mei lalu.

Jelas beliau skim kereta api bagi Seksyen A dari Kota Bharu ke Dunggun telah diluluskan pada 14 Mei merangkumi pembinaan enam buah stesyen iaitu Kota Bharu, Pasir Putih, Jertih, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun.

Kerja-kerja fizikal juga sedang giat dijalankan di Seksyen B dari Terengganu ke Temerloh sejak disambung semula pada Julai 2019.

“Kemajuan fizikal di seksyen ini telah mencapai 5.93 peratus berbanding jadual sebanyak 4.07 peratus mendahului jadual 1.8 peratus merangkumi kerja-kerja tanah dan pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan.

“Kerja-kerja awalan bagi pembinaan terowong di Gambang, Sri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir juga telahpun dimulakan,” kata Hasbi.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula di 101 lokasi di sepanjang Seksyen A dan B menjelang penghujung tahun ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen June Leow Hsiad Hui yang meminta Kementerian Pengangkutan AN menyatakan kemajuan terkini projek Laluan Rel Pantai Timur atau ‘East Coast Rail Link’ (ECRL) dan apakah keputusan jajaran yang akan digunakan.

June Leow dalam soalan tambahannya beliau bersetuju kementerian mengkaji semula jajaran asal ECRL yang turut meliputi Serendah di Hulu Selangor.

“Buat sementara kita tolak politik demi kemakmuran bersama. Kerana dilihat projek mega ini adalah pemangkin sosial ekonomi yang menaikkan nilai hartanah dan peluang pekerjaan serta merangsang ekonomi dan eco-pelancongan.

“Jika rujuk kepada Belanjawan 2021 Hulu Selangor tidak jumpa butiran pembangunan projek ini. Adakah projek ECRL akan diteruskan pada tahun hadapan sedangkan kita masih berusaha memerangi pandemik Covid-19,” kata Ahli Parlimen PKR itu.

Menjawab soalan tersebut, Hasbi berkata, kerajaan akan meneruskan projek berkenaan tahun depan kerana peruntukan untuk menuruskan projek ini terutama seksyen A dan B yang telahpun bermula.

Bagi seksyen C dari Temerloh ke Pelabuhan Kelang kerajaan sedang mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan ECRL akan memberikan impak yang maksima apabila disiapkan kelak.

“Jajaran yang terbaik dan memberi memberi impak maksima kepada rakyat akan diumumkan apabila kajian tersebut sudah dilengkapi.

“Dalam hal ini adalah penting dipastikan ECRL disambung secara strategik dengan jaringan logistik rel kebangsaan.

“Perkhidmatan logistik ini akan dicapai tanpa menggurangkan kualiti perkhidmatan penumpang sekaligus menjadikan ECRL sebagai pemangkin ekonomi dan pekerjaan bagi kawasan di sepanjang jajaran ini.” kata Hasbi.-SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button