Hiburan

Bapa Achey meninggal dunia

Bapa kepada pelawak, Achey Bocey iaitu Hamzah Salam, 85, meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, tengah malam tadi.

Pemergian itu dimaklumkan sendiri oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di akaun Instagram miliknya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

“Tiada lagi abah tapi abah tetap dalam diri kami,” katanya bersama sekeping gambar berwarna hitam putih sambil menunduk ke lantai.

Sebelum itu Achey sempat meminta doa daripada pengikutnya selepas menerima berita bapanya dikejarkan ke Hospital Segamat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya tak boleh dan fikir dah. Jadi tergamam sekejap.  Tahun lepas Muzikal Lawak Superstar, arwah ayah mentua, tahun ini diuji pula abah tak sedar dalam program yang sama,” katanya.

Sementara itu, rakan karib Achey iaitu Fad turut merakamkan ucapan takziah dan memuat naik sekeping gambar bersama arwah. -SM

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button