Ekonomi

Bank Negara naikkan OPR kepada 3.0 peratus

BANK Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dari 2.75 kepada 3.0 peratus yang dijangka akan turut diikuti dengan kenaikan kadar faedah pinjaman institusi kewangan.

Perkara itu diumumkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Ia adalah kenaikan kali kelima bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu.

Namun ia dikekalkan kepada 2.75 peratus pada mesyuarat pertama 2023 MPC Januari lalu dan sekali lagi pada Mac lalu.

Menurut MPC, memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, maka mereka menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button