NasionalNegeri

Teknologi maklumat penting tingkat kualiti pembelajaran

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan dan pembelajaran di sekolah merupakan peluang terbesar dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran dan kecemerlangan pelajar.

Baginda bertitah, dengan penggunaan aplikasi dan perisian seperti microsoft powerpoint, flash, video, visual telah menjadikan proses pembelajaran hari ini menjadi lebih mudah, padat dan berkesan kerana gambaran dan persembahan yang menarik serta mudah untuk difahami.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan guru dan pelajar ketika merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 Peringkat SMK Balung, Tawau, Sabah.

Titah Baginda, pendekatan ini akan membuatkan para pelajar lebih bersemangat dan berminat untuk belajar.

Titah Baginda, pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi secara tidak langsung membantu murid-murid mempelajari kemahiran yang sangat penting di era digital ini.

“Pendedahan ini juga mampu meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar, kemahiran digital, dan kemahiran berkolaborasi”, titah Baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Matnoor Sima dan Pengetua SMK Balung, Arbin Setta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menanam pokok ketika merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 Peringkat SMK Balung, Tawau, Sabah.

Turut terlibat sama adalah Penyelaras Program Titian Kasih, Jumariah Samsuddin dan Penyelaras Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

SMK Balung telah mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan negeri pada tahun 2023 termasuklah menjadi Johan Peringkat Negeri bagi Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2023 dan Johan Karnival Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri.

Antara kejayaan lain, meraih tempat ke-6 Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2023 dan Anugerah Perak Young Innovators Challenge Chumbaka Peringkat Kebangsaan 2023.

Seramai 656 orang pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 telah terlibat dan menghadiri sesi motivasi yang disampaikan oleh para penceramah yang di bawa khas dari Perlis iaitu Mustaffa Ibrahim, Tengku Yusoff Tengku Ahmad, Mohd Nazim Mohd Noor dan Zaharin Haris.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan merasmikan penamaan Bangunan Sharifah Farah Adriana dan Pusat Sumber Syed Sirajuddin Areeb Putra di sekolah berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan kepada SMK Balung, Tawau, Sabah sempena merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024.

Bangunan dan pusat sumber ini akan digunakan dan dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar sekolah ini.

Juga terdapat beberapa penyumbang antaranya Pengarah Operasi PMA Rich (M) Sdn Bhd, Pengiran Muhammad ‘Adik Awang Iskanderdzulkarnein telah menyumbang sebuah Unit TV, Datuk Zamri Mohamad dari Kasyaf Bina Sdn Bhd (Pembinaan TV PSS), Pengarah Urusan Walta Group Penang,
Datuk Goh Keng Sneah (Seunit Penyaman Udara) dan Pengarah Urusan Econmas Sdn Bhd, Datuk Rick Cheng Wooi Seong (16 unit meja guru). – SM

BACA Manfaatkan teknologi maklumat untuk diri sendiri dan negara – Raja Muda Perlis

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button