NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis serikan Majlis Raikan Syawal MAIPs 2023  

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerikan Majlis Raikan Syawal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di perkarangan Pejabat MAIPs 11, Pengkalan Asam, Kangar.

Baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan melakukan gimik promosi inisiatif wakaf yang dilaksanakan MAIPs melalui aplikasi QR Pay pada Majlis Raikan Syawal MAIPs di Pengkalan Asam, Kangar.

Sebelum itu, Baginda berkenan melakukan gimik promosi inisiatif wakaf yang dilaksanakan oleh pihak MAIPs melalui aplikasi QR Pay atau bayaran melalui imbasan kod.

Seterusnya, Baginda berdua berkenan untuk menganyam ketupat daun palas dan diteruskan lagi dengan Majlis Penyerahan Surat Hasrat Cadangan Kerjasama Strategik Antara Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan untuk menganyam ketupat daun palas pada Majlis Raikan Syawal MAIPs di Pengkalan Asam, Kangar.

Sementara itu Mohd Nazim,m berkata, satu kerjasama strategik pelbagai bentuk antara Yayasan Peneraju dan MAIPs melalui anak syarikatnya iaitu ATAM Sdn. Bhd. perlu diwujudkan dengan fokus khusus terhadap pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran bagi memberikan manfaat kepada golongan belia Bumiputera di negeri ini yang berlatar belakangkan daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Semoga hasrat ini dapat direalisasikan dan perbincangan lanjut dalam menentukan halatuju serta mekanisma terbaik dalam menjayakan kerjasama ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini”, jelas beliau.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan duit raya kepada penghuni rumah Baitul Hanan dan Batu Bertangkup sempena Majlis Raikan Syawal MAIPs di Pengkalan Asam, Kangar

Dalam majlis tersebut Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah Baitul Hanan dan Batu Bertangkup.

Majlis turut dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan strategik MAIPs, para media, asnaf dan orang ramai.

Sebagai kelazimannya, setiap tahun juadah-juadah istimewa raya ini disediakan oleh para usahawan asnaf bimbingan ATAM dan ia merupakan antara inisiatif MAIPs dalam membantu golongan berkenaan terutamanya untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga melalui bidang keusahawanan. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda zahir Salam Aidilfitri

BACA Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis zahir ucapan Salam Aidilfitri

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button