Nasional

Berita anak Guan Eng ditahan bawa RM2 juta di Singapura palsu

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bahawa anak lelaki Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah ditahan di Singapura.

Menurut Abdul Hamid, berita mengenai penahanan anak lelaki bekas Menteri Kewangan itu adalah palsu.

“Ia tidak benar. Kami tidak menerima sebarang laporan bahawa anak dia (Guan Eng) ditahan di Singapura.

“Ia sebenarnya berita palsu yang tersebar,” katanya seperti yang dilaporkan oleh MStar.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana berita palsu tersebut tersebar.
“Kami akan menyiasat dalang penyebaran berita palsu ini. Kami akan meneliti perkara ini,” katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan bahawa anak kepada seorang pemimpin kanan Pakatan Harapan didakwa ditahan selepas cuba membawa masuk wang RM2 juta ke Singapura tanpa pengesahan yang betul.-SM
(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button