Sukan

Pembangunan sukan penting untuk semua

Program pembangunan sukan penting bagi mewujudkan budaya bersukan termasuklah wanita. Ia selaras dasar menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat serta mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bidang sukan. Selain meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan riadah untuk wanita, perlaksanaan program pembangunan sukan hendaklah mengambil kira keperluan dan kemampuan wanita di pelbagai peringkat bagi memastikan penyertaan wanita dipertingkatkan dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Pada masa yang sama, sokongan kepada wanita dalam sukan perlu ditambah baik bagi menggalakkan wanita menceburi bidang sukan seperti menerusi pemberian peluang melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, bilangan atlet, jurulatih dan pegawai sukan wanita juga dapat dipertingkatkan, selain peluang yang sama turut diberikan kepada wanita yang kurang upaya.

Demikian titah Tuanku Raja Muda ketika berkenan berangkat merasmikan ”Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence’ Edisi ke 5 bertajuk Pemerkasaan Wanita Dalam Sektor Kesukanan” yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama YTF dan Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM pada hari ini.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Penasihat DiRaja YTF, ‘Arena sukan hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform memartabatkan wanita di Malaysia. Malah, ramai berpendapat tidak mustahil atlet wanita menjadi penyumbang pingat emas pertama negara menerusi sukan Olimpik. Di atas dasar inilah, Yayasan Tuanku Fauziah akan terus berusaha memperkasakan peluang dan tambah baik terutamanya golongan wanita termasuklah bidang sukan’.

Antara ahli-ahli panel hebat yang diundang oleh pihak UiTM Cawangan Perlis dan YTF bagi berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan tentang tema yang dipilih khas tersebut adalah Bekas Jaguh Heptathlon Negara Datuk Zaiton Othman berbicara tentang ‘Memperkasa Wanita Dalam Sukan’, Bekas Ratu Trek Negara Datuk Marina Chin berkongsi semangat mengenai ‘Membina Jati Diri Dalam Kalangan Wanita’ serta Bekas Penembak Paralimpik Malaysia Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi pula dengan topik ‘Sky Is The Limit’. Sesi petang menyaksikan tiga orang atlet Negara masa kini terdiri daripada Juni Karimah Noor Jamali (Perahu Layar), Nur Suryani Mohamed Taini (Menembak) dan Anis Amira Rosidi yang berasal dari Perlis (Keirin Berbasikal) akan bercakap mengenai ‘Mengimbangi Bidang Sukan Dan Akademik’.

Majlis perasmian penutupan akan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah di akhir program pada sebelah petangnya.

(Visited 752 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button