Politik

Pembangkang tolak cadangan Tun M tubuh Mageran

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah badan menyerupai Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga ketua parti dalam PH itu berkata, penolakan itu kerana dasar demokrasi yang dijunjung oleh pakatan tersebut.

Malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak Mageran kerana konsisten dengan pendirian bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula dengan segera.

“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” katanya.

Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) susulan kegagalan pakatan itu mentadbir negara ketika pandemik Covid-19.

Bekas perdana menteri memberi cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, hari ini.

“Kita cadang MAGERAN diberi kuasa untuk menyelesaikan beberapa masalah dihadapi negara. Namun penubuhannya bergantung kepada kerajaan PN kerana kerajaan yang ada ketika ini sahaja boleh mencadangkan supaya MAGERAN ditubuhkan kepada Agong,” katanya pada sidang media secara maya selepas menghadap Al-Sultan Abdullah.

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button