Politik

MCA parti Cina, DAP bukan tapi tegar perjuangkan kepentingan Cina

ADA beberapa orang rakan yang mendesak supaya saya mengulas mengenai sikap kritikal beberapa pemimpin MCA terhadap pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Saya tiada masalah mengulasnya kerana seperti DAP yang sebelum ini memperjuangkan sistem pendidikan vernakular dari luar, MCA juga memperjuangkannya dari dalam.

Adalah fakta yang boleh dilihat di dalam rekod-rekod awam bahawa MCA berperanan besar di dalam mengekal dan mengembangkan sistem pendidikan vernakular di Malaysia.

Tesis PhD Dr. Ang Ming Chee bertajuk “Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia” memberi kredit kepada MCA atas penerusan sekolah Cina.

Ini petikan tesis PhD tersebut: “Presiden MCA kedua, Lim Chong Eu, mencapai kejayaan besar dalam menidakkan matlamat akhir kontroversi kerajaan untuk menjadikan Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah seperti dinyatakan dalam Seksyen 12 Ordinan Pelajaran 1957—satu faktor penting yang, ironiknya, memastikan kewujudan berterusan sekolah-sekolah Cina selepas merdeka.”

Tulisan Santhiram R. Raman dan Tan Yao Sua bertajuk “The Development of Chinese Education in Malaysia: Problems and Challenges” juga memberi kredit kepada MCA atas penubuhan Kolej New Era.

Ini petikan tulisan tersebut: “Visi besar para pendidik Cina bagi mewujudkan satu sistem pendidikan Cina lengkap di Malaysia tanpa disangka-sangka terhasil pada suku kedua 1990-an hasil daripada perubahan radikal dasar bahasa pendidikan yang membawa kepada pertumbuhan menakjubkan institusi-institusi pendidikan tinggi swasta…

“Bagi memudahkan penubuhan institusi-institusi pendidikan tinggi swasta, Akta Pendidikan 1961 telah dikaji dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang memasukkan  pendidikan swasta ke dalam system Pendidikan kebangsaan.

“Akta Pendidikan 1996 juga membenarkan penggunaan bahasa-bahasa selain daripada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan persetujuan Menteri Pendidikan… para pendidik Cina mengambil peluang dari peruntukan-peruntukan ini untuk menekan penubuhan sebuah kolej swasta, Kolej New Era…

“Para pendidik Cina terpaksa menunggu tiga tahun sebelum akhirnya mendapat persetujuan kerajaan bagi menubuhkan Kolej New Era. Persetujuan ini diperolehi melalui campur tangan politik MCA.

“Penubuhan kolej ini akhirnya memenuhi visi besar para pendidik Cina bagi mewujudkan satu sistem pendidikan Cina lengkap di Malaysia dengan sekolah rendah Cina dan sekolah menengah persendirian Cina berfungsi sebagai komponen-komponen lain kepada sistem pendidikan Cina lengkap ini.”

Walaupun saya tidak setuju dengan tindakan MCA ini, termasuk tentangan tidak rasionalnya terhadap pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular, tetapi MCA memang parti Cina.

Yang sepatutnya dipersalahkan masalah adalah pemimpin kerajaan waktu itu yang terlalu lemah hingga dengan mudah sahaja tunduk kepada pujukan dan tuntutan pemimpin MCA ini.

Berbeza dengan MCA yang memang parti Cina, DAP mendakwa ia bukan parti Cina tetapi parti berbilang kaum, jadi mengapa DAP sangat tegar memperjuangkan kepentingan kaum Cina?

Tulisan Pensyarah UUM dan juga pemerhati politik, Dr. Kamarul Yusoff.- SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button