HiburanLuar NegaraMedia massa

Pembedahan hidung yang mengerikan, bintang China, Gao Liu berkongsi pengalaman

Pembedahan kosmetik atau lebih dikenali sebagai pembedahan plastik amatlah popular terutama di China dan Korea kerana kosnya yang rendah berbanding negara lain.

Pembedahan kosmetik telah terkenal selama bertahun-tahun di China – sehingga pada tahun 2004, negara ini menjadi tuan rumah pertandingan kecantikan.

Tular tentang seorang pelakon China memberi amaran mengenai bahaya pembedahan kosmetik dan turut berkongsi gambar hidungnya yang rosak setelah melalui prosedur yang salah.

Gao Liu merupakan seorang penyanyi dan pelakon dari China yang sedang meningkat naik serta telah membintangi banyak filem dan program TV.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, popularitinya sedikit merosot dan dia kurang mendapat perhatian.

Menerusi postingnya di platform media sosial Sina Weibo, dia menjelaskan ketiadaannya selama berbulan-bulan disebabkan oleh insiden pembedahan kosmetik yang menyebabkan dia mengalami nekrosis hidung.

Gao berkongsi gambar dengan lima juta pengikutnya, bercerita mengenai pembedahan kosmetik yang sangat popular di China.

Dia mengatakan bahawa pada Oktober yang lalu, seorang rakannya memperkenalkannya kepada pakar bedah plastik di sebuah klinik di bandar Guangzhou selatan.

Aktres itu mengatakan bahawa dia memutuskan untuk menjalani pembedahan pada hidungnya kerana dia berpendapat ini akan membantu meningkatkan kariernya.

“Seluruh prosedur berlangsung selama empat jam. Saya berfikir dalam empat jam ini, saya akan terlihat lebih cantik,” katanya kepada pengikutnya.

“Saya tidak menyangka empat jam ini akan menjadi permulaan kepada mimpi buruk saya.”

Dia mengatakan bahawa setelah prosedur tersebut, dia berasa ada iritasi di hidungnya dan ianya berulang kali berlaku.

Dalam pada masa yang sama, dia diberitahu bahawa dia perlu kembali bekerja pada bulan Disember atau Januari.

“Kulit di hujung hidung saya… menjadi lebih gelap dan lebih gelap, dan hidung saya menjadi nekrotik,” katanya, sambil menambah bahawa dia mempunyai niat untuk bunuh diri.

Gao mengatakan bahawa dia akhirnya dimasukkan ke hospital selama dua bulan dan telah kehilangan 400,000 yuan ($ 61,800; £ 45,200) dalam pekerjaan.

Dia turut mengatakan bahawa dia tidak akan melakukan pembedahan susulan atau rekonstruktif sekurang-kurangnya dalam masa satu tahun kerana kerosakan yang dialaminya.

Di media sosial, beberapa orang meminta agar mereka yang terlibat dalam prosedur pembedahan kosmetik Gao dipertanggungjawabkan.

Ada juga yang menuntut undang-undang yang lebih ketat dalam menangani kecederaan atau sebarang kecuaian berlaku akibat pembedahan kosmetik di China pada umumnya.

(Visited 531 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button