NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis berkenan pengerusikan mesyuarat agung KGP

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis Kali Ke-46 Bagi Sesi 2022-2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat KGP Perlis di Sungai Batu Pahat hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Presiden kelab semasa bertitah berharap semua ahli-ahli dan juga Ahli Jawatankuasa kelab akan sentiasa bersatu padu dan berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama memajukan satu-satunya kelab golf di negeri Perlis tersebut.

Dalam titah ucapan Baginda memaklumkan bahawa pada tahun 2022 situasi ekonomi telah memberikan kesan terhadap kos operasi kelab terutamanya dengan kenaikan kos gaji dan juga kos sewaan buggy.

Titah Baginda, pelaksanaan gaji minimum telah dinaikkan sebanyak 25 peratus manakala kos sewaan buggy pula telah bertambah 20 peratus setahun.

Situasi kenaikan kos utama ini telah memberikan suatu cabaran kepada KGP Perlis dalam berhadapan dengan pengurusan aliran tunai.

Walaubagaimanapun terdapat peningkatan terhadap kutipan ‘green fees’ dan juga kemasukan keahlian baharu seramai 41 peserta.

Baginda berharap agar barisan Ahli Jawatankuasa kelab akan dapat terus menyusun dan mengambil langkah-langkah terbaik supaya lapangan golf dan juga rumah kelab tersebut akan senantiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah mengambil inisiatif bergotong royong untuk membantu membersihkan lapangan golf kelab.

Inisiatif yang baik ini jika dapat diteruskan boleh membantu KGP Perlis mengurangkan kos penyelenggaraan dan hasil kebersihan boleh menarik pemain-pemain golf luar Perlis untuk terus datang bermain golf di lapangan golf ini dan pada masa yang sama menyemarakkan lagi sektor pelancongan sukan di negeri ini.

Tambah Baginda, barisan AJK juga telah membantu untuk mengurangkan kerosakan lapangan akibat daripada hidupan liar dengan memasang perangkap dan penggera, namun belum dapat mengatasi permasalahan tersebut dengan sepenuhnya’.

Pemangku Raja turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) yang senantiasa memberikan perhatian kepada Lapangan Golf KGP Perlis dan juga rumah kelabnya. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button