fbpx
Mahkamah

Pemandu wanita sebabkan kematian dipenjara 6 tahun, denda RM8,000

Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu mengaku bersalah di  Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23 yang memandu kereta jenis MyVi ketika kejadian dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan didenda RM8,000.

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah mengaku bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.

Nur Fatin turut diarah membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Wanita itu ditahan Sabtu lalu selepas salah seorang mangsa dalam insiden tersebut Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di lokasi kejadian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.-SM


Show More

Related Articles

Back to top button