Nasional

Pemandu wanita dipenjara 6 tahun, denda sebabkan kematian anggota tentera

SEORANG pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan dekat Plaza Pelangi di Johor Bahru, Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun denda RM8,000.

Mahkamah Majistret di sini hari ini mendapati dia bersalah memandu di bawah pengaruh dadah,

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan tersebut selepas Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Memetik laporan BERNAMA Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin  dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia juga hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.

Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM3,300 atau 13 bulan penjara jika gagal membayar denda atas tiga kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kenderaan yang tiada cukai jalan dan serta insurans kenderaan.

Nur Fatin, seorang pekerja kilang, didakwa menyebabkan kematian anggota tentera Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, di persimpangan lampu isyarat Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada jam 8.24 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sementara itu, di kamar mahkamah berasingan, tertuduh turut membuat pengakuan bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuh badannya pada hari yang sama.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu, dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh bulan dengan perintah pengawasan selama dua tahun oleh Majistret R. Salini.

Hukuman penjara itu tersebut dijalankan secara berasingan.

Terdahulu, dalam rayuan pertuduhan utama, Nur Fatin menzahirkan permohonan maaf dan kekesalannya kepada keluarga mangsa atas perbuatan yang dilakukannya.

Dia turut memohon agar mahkamah mengenakan hukuman dengan mengambil kira tanggungjawabnya terhadap keluarga yang menyara kedua ibu bapa dan adik beradik.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Tengku Abdul Rahman dan Noridayu Md Kassim meminta mahkamah memberi hukuman setimpal kerana berpendapat kesalahan itu tidak boleh dipandang remeh.

Dalam sesi mahkamah yang sama, tunang wanita itu, Nuraiman Fathi Mohd Zukki, 23, yang juga pemilik kereta Perodua Myvi itu, dijatuhi hukuman denda RM3,300 selepas mengaku bersalah salah atas tiga pertuduhan.

Dia dakwa membenarkan tunangnya memandu kereta tanpa lesen, cukai kenderaan tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 13 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Suhaila turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama setahun bermula hari ini.

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button