Nasional

Pemandu Volvo lawan arus: Bukan mabuk, tapi tengah khayal dadah

VIDEO tular yang memaparkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) Volvo yang dipandu seorang lelaki secara lawan arus di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur rupanya positif dadah.

Dalam video tular tersebut, pemandu itu sudah melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita lain.

Namun, pemandu itu enggan menghentikan keretanya dan terus menekan minyak hingga memaksa pemandu Myvi yang juga seorang wanita keluar daripada kereta tersebut demi keselamatannya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, hari ini.

“Kita menerima makluma berkaitan video kemalangan yang tular di media sosial itu kira-kira pukul 8.32 pagi tadi.

“Polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari,” katanya dalam  satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah.

Jelasnya, susuan itu pihaknya telah menahan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button