Sukan

UiTM Puncak Alam anjur program e-Sukan GG EXPO, tawar hadiah keseluruhan RM15,000

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bakal menganjurkan program e-Sukan, Gamers Gig Expo (GG EXPO) selama dua hari bermula 24 Jun ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, program ini akan diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya dengan dihadiri tetamu kehormat, Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Program ini diadakan dengan kerjasama  Team Haq iaitu sebuah skuad e-Sukan yang semakin melonjak naik dalam komuniti e-Sukan di Malaysia.

“Pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang dua hari program ini diadakan antaranya, kejohanan e-sukan Mobile Legend dan PUBG, GG Talk, pameran daripada organisasi lain yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, program ini dianjurkan oleh pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Puncak Alam.

Katanya, ia merupakan tugasan projek akhir tahun di bawah seliaan Dr Masrur Mohd Khir dan NorAzzura Nordin.

Sementara itu katanya, antara tarikan yang disediakan ialah hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 yang menanti pemenang kejohanan e-Sukan itu. – SM 

Artikel berkaitan > HAQ berjaya rampas takhta Todak juarai Kejohanan MPL MY Musim 10

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button