Nasional

Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing terima bantuan RM500

PEMANDU teksi, bas, pemandu pelancong dan e-hailing akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu akan diberikan kepada kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

“Peruntukan untuk sumbangan tersebut juga telah ditambah kepada 66 juta ringgit.

“Selain itu, kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

“Sukacita dimaklumkan, bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun bermula 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2021,” katanya -SM

(Visited 754 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button