Agama

MAIPs agih bantuan lebih RM12 juta tahun lalu

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan ‘Agihan Bantuan Sebuah Rumah MAIPs’ sebanyak RM 3,834,785 untuk 83 penerima dan pihak MAIPs juga telah melaksanakan ‘Agihan Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs’ sebanyak RM 5,596,275 untuk 250 penerima, selain menyempurnakan ‘Agihan Bantuan Mikro Baik Pulih Rumah MAIPs’ melalui 102 buah kariah sebanyak RM 2,550,000 pada tahun 2021 yang lalu.

Sesungguhnya pihak MAIPs amat menghargai individu-individu yang sentiasa bermurah hati dan menjalankan tanggungjawab mereka dalam menghulurkan sumbangan zakat untuk dikongsi bersama-sama asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media MAIPs selepas berkenan berangkat singgah merasmikan Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs berupa perniagaan apam balik yang diusahakan oleh Yusmala Abdul Razak 41 tahun dari Kg Behor Temak, Kangar sempena ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ baru-baru ini.

Ia merupakan salah sebuah projek usahawan asnaf yang menerima peruntukan bantuan bernilai RM1,500 daripada MAIPs melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk membeli peralatan berniaga sebelum ini.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs pada kesempatan yang sama menerangkan bahawa walaupun negara kini sudah mulai memasuki fasa peralihan ke endemik, namun masih ramai dari kalangan masyarakat kita yang masih terkesan dan memerlukan bantuan dari segi ekonomi serta juga sosial akibat penularan wabak Covid-19 yang sudahpun dua tahun melanda dunia.

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button