Rencah Hidup

Firdaus sebak ibu minta doakan ayah, kakak, abang masuk Islam ketika di Madinah

KUALA LUMPUR – Biarpun baru sebulan lebih memeluk Islam namun ibu pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung tidak sabar untuk melihat kakak, abang, anak saudara dan ayah Firdaus memeluk Islam.

Justeru sebaik menjejakkan kaki di tanah suci Islam Madinah, ibu Firdaus meminta pendakwah mualaf itu mendoakan kakak, abang, anak saudara dan ayah Firdaus turut memeluk Islam.

Hasrat ibu Firdaus hanyalah satu iaitu mahu bersama-sama mereka melakukan ibadah umrah tahun depan.

“Selepas menjejakkan kaki ke Madinah semalam, ibu saya minta saya berdoa agar ayah, kakak, abang serta dua anak saudara saya pula akan datang menunaikan umrah tahun depan.
.
“Gembira dan sebak saya mendengar permintaan ibu saya. Ya, beliau mungkin baru sebulan lebih memeluk Islam tetapi beliau berharap agar ahli keluarga saya yang belum muslim juga dikurniakan hidayah olehNya,” kata Firdaus dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Firdaus beliau akan cuba yang terbaik untuk berdakwah kepada ahli keluarganya namun segala diserahkan kepada Allah selepas beliau berusaha berdakwah dan doa agar hasrat ibunya tercapai.

Dalam hantaran tersebut Firdaus turut berkongsi gambar dia bersama ibunya di Masjid Nabawi.

“Gambar diambil sebelum masuk ke Masjidil Nabawi sebelum solat Zohor. Jazakillahu Khairan kepada Datuk Prof. Dr. Muhaya di atas telekung yang dihadiahkan kepada ibu saya.

“InsyaAllah kita buat yang terbaik berdakwah dan berdoa dan selebihnya kita serahkan kepada Allah Subhana Wa Ta’ala,” kata Firdaus.

Ibu Firdaus yang beragama Buddha sebelum ini memeluk Islam pada 25 Oktober lalu.

Firdaus sendiri yang mengIslamkan ibunya selepas berdakwah dan berdoa selama 14 tahun agar ibunya turut memeluk Islam.

“Terasa sebak apabila seorang anak berjaya membuatkan hati seorang ibu terbuka untuk menerima agama Islam selain menjadi orang pertama mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling ‘nervous’ dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri.

“Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan air mata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” kata Firdaus ketika mengIslamkan ibunya.-SM

 

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button