Nasional

Pemandu mabuk: Berapa ramai perlu maut?

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa agar memperketatkan undang-undang dan hukuman terhadap individu yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung berkata, berapai ramai lagi nyawa yang perlu melayang sebelum pihak berkuasa memperketatkan undang-undang terhadap golongan yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan nyawa insan lain melayang.

Menurut Firdaus hukuman yang lebih keras diperlukan bagi melindungi keselamatan masyarakat.

“Berapa ramai lagikah nyawa tidak bersalah yang perlu terkorban akibat kebodohan pemandu mabuk sebelum pihak berkuasa mengehadkan penjualan arak dan pengambilan arak?

“Gantung lesen mereka yang didapati mabuk selama 10 tahun dan hukum penjara seumur hidup untuk mereka yang memandu sehingga mengakibatkan kematian,” kata Firdaus.

Beliau turut menyeru pertubuhan agama bukan muslim khususnya ahli gabungan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) mengeluarkan kenyataan dan mengerakkan akar umbi untuk lebih aktif menyedarkan masyarakat bahaya meminum arak.

Firdaus mengulas insiden seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Rakaman CCTV di lokasi kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat berkenaan sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

Kejadian yang menimpa Mohaidin membangkitkan kemarahan masyarakat kerana kejadian pemandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan maut semakin kerap berlaku. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button