MahkamahNasional

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rompak penyampai berita

SEORANG pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen, Khairul Rizuan Azizan, minggu lalu.

Muhammad Qayyum Mazlan, 32, yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Jamaludin Mat.

Lelaki itu didakwa merompak sebuah beg berjenama Fossil bernilai RM500 dan wang tunai RM100 daripada Khairul Rizuan, 34, di tepi jalan berhampiran Exclusive Perdana, Damansara Perdana pada pukul 3.40 petang, 5 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Kailash Sharma.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Kailash Sharma.

Terdahulu, Norhashimah memohon mahkmah supaya tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin dan merupakan kesalahan serius kerana melibatkan kerugian harta.

Norhashimah juga bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan memandangkan kes tersebut tular serta mendapat perhatian umum.

Kailash bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun yang masih bersekolah.

“Meskipun kesalahan berada di bawah pertuduhan yang tidak boleh dijamin, mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk memberi ikat jamin kepada tertuduh mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Hakim menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan mangsa cuba mengejar dan menangkap suspek dalam insiden rompakan itu. – SM

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button