fbpx
Jenayah

Pemandu lori maut dihempap kayu balak

SEORANG pemandu lori maut selepas dihempap kayu balak yang dibawanya di Jalan Baru Broga, Semenyih, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kepada pihaknya kira-kira pukul 11.24 pagi tadi.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala setelah kayu balak dari atas lori jatuh menghempap mangsa ketika membuka rantai besi yang mengikat kayu tersebut.

“Akibat daripada kecederaan tersebut telah menyebabkan simati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Zaid, mangsa merupakan pemandu lori dari syarikat di Pahang dan sedang dalam perjalanan ke Kilang Papan Kampung Baru Broga pada pukul 8 pagi.

Tambahnya, mayat dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button