Nasional

Pemandu lari daripada polis rupanya bawa dadah

SEORANG pemandu berusia 34 tahun nekad melarikan diri menggunakan keretanya selama 20 minit semata-mata mahu mengelak daripada ditahan kerana membawa dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek juga memandu secara merbahaya ketika dikejar polis hingga hampir melanggar orang ramai.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 petang di Jalan 18/16 Petaling Jaya dan suspek ketika itu enggan memberhentikan kenderaan seperti yang diminta.

“Suspek kemudian telah dikejar selama kira-kira 20 minit sehinggalah berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Pekan Lama Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

Menurut Fakhrudin, ketika ditahan, suspek telah mengunci pintu keretanya dan enggan mengikut arahan untuk keluar.

Disebabkan itu, ujarnya, pihaknya terpaksa memecahkan cermin tingkap keretanya bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek telah menemukan satu tiub penyedut minuman yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin. Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampay melibatkan kes curi kenderaan dan dadah,” katanya.

Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

Dalam pada itu, jelasnya, dua anggota polis juga telah cedera ringan di bahagian tangan kiri ketika menahan suspek dan telah mendapatkan rawatan.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Aktda Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 451 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button