MahkamahNasional

Pemandu kedua bas ekspres cabul penumpang ketika tidur direman

MIMPI ngeri bagi seorang pelajar wanita sebuah maktab perguruan apabila sedang tidur di dalam sebuah bas ekspres dari Kelantan menuju ke Melaka, dia diraba oleh pemandu kedua bas berkenaan.

Susulan perbuatan tidak bermoral itu, pemandu kedua bas ekspres itu direman bagi membantu siasatan kes mencabul seorang penumpang wanita yang sedang tidur ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka, awal pagi semalam.

BERNAMA melaporkan, perintah reman empat hari sehingga Khamis itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad terhadap lelaki berumur 27 tahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu setelah mendapat permohonan polis bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang wanita berusia 21 tahun mendakwa diraba pemandu kedua bas ekspres semasa kenderaan itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi Ahad.

Berdasarkan maklumat itu, polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor sebaik sahaja bas tiba di Terminal Melaka Sentral kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daud mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes yang melibatkan penuntut (mangsa) maktab perguruan di Melaka itu. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button