GajetUlasan

Google Workspace dan risiko keselamatan data di dalamnya

GOOGLE Workspace adalah kumpulan alat pengkomputeran awan, produktiviti dan kolaborasi, perisian dan produk yang dilancarkan oleh Google. Anda perlu mempunyai akaun Gmail untuk berkomunikasi; Google Drive untuk penyimpanan; Google Docs, Google Sheets, Google Slides dan Google Meet untuk kerjasama.

Berdasarkan sokongan dari Platform Awan Google, Google Workspace boleh membantu syarikat dan individu meningkatkan kecekapan kerjasama pasukan. Syarikat dan individu juga boleh mengakses data dan dokumen mereka yang disimpan dalam Platform Awan Google melalui Google Drive pada bila-bila masa.

Sebagai nilai tambahan kepada syarikat dan individu, Google Workspace juga menawarkan perkhidmatan kepada agensi kerajaan di beberapa negara. Contohnya, Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan Malaysia, MyGovUC 2.0 menggunakan Google Meet untuk mengadakan persidangan video.

Walau bagaimanapun, adakah terdedeah kepada risiko kebocoran data untuk agensi kerajaan menggunakan perisian Google Workspace bagi mengendalikan hal ehwal rasmi?

Jawapannya adalah ya.

 

Amerika Syarikat (AS) menetapkan dan meminda undang-undang yang mengarahkan Syarikat me nyerahkan data mereka kepada Kerajaan

 

Kongres Amerika Syarikat menetapkan undang-undang baharu dan meminda undang yang sedia ada untuk membolehkan kerajaan Amerika Syarikat mengunakan pindaan tersebut berkemungkinan untuk melakukan operasi pengintipan dan mengumpulkan data negara lain.

Seksyen 702 Akta Pengawasan Perisikan Asing (Pindaan) 2008 memberi kuasa kepada badan berkuasa Amerika Syarikat memantau warganegara asing di luar Amerika Syarikat secara sulit dan mengumpulkan maklumat warganegara asing seperti emel dan mesej tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut program pengintipan “PRISM” yang didedahkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Edward Snowden. Berdasarkan Akta tersebut, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan syarikat teknologi seperti Google, Microsoft dan Yahoo mengumpulkan emel, gambaran, video bersembang dan sejarah layari. Data lain yang disimpan dalam pelayan (server) awan syarikat tersebut juga perlu diberikan kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Tambahan pula, Kongres Amerika Syarikat mengeluarkan Akta Klarifikasi Penggunaan Data Luar Negeri yang Sah (CLOUD) pada bulan Mac 2018, akta ini memberi perlindungan terhadap kerajaan Amerika Syarikat dari segi perundangan untuk mengumpulkan data negara lain.

Berdasarkan akta ini, bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti penyimpanan data awan, sama ada data perkhidmatan tersebut disimpan di Amerika Syarikat atau tidak, kerajaan Amerika Syarikat mempunyai kuasa mendapat data tersebut.

Beberapa negara melarang penggunaan Google Workspace

Oleh kerana bimbangkan data mereka akan didedah kepada kerajaan Amerika Syarikat oleh Google, beberapa negara melarang penggunaan perisian Google Workspace.

Menurut laporan India Today pada bulan Jun 2022, kerajaan India telah mengumumkan larangan terhadap pegawai awamnya daripada menggunakan Google Drive untuk menyimpan data dan dokumen dalaman kerajaan.

Bertambahan pula, pegawai awam India juga dilarang menggunakan Gmail dan Google Meet dalam semua urusan termasuk komunikasi dan mesyuarat rasmi.

Selain itu, menurut laporan portal rasmi Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB) pada bulan July 2022, kerajaan Denmark melarang penggunaan Google Workspace di seluruh agensi kerajaan dan sekolah kerana perisian Workspace berasaskan Platform Awan Google bertentangan dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah. Kerajaan Denmark menunjukkan bahawa Google Workspace memindahkan data pengguna ke negara dan wilayah lain.

Selepas itu, kerajaan Jerman dan Perancis juga melarang penggunaan Google Workspace di seluruh sekolah kerana Platform Awan Google bertentangan dengan GDPR Kesatuan Eropah. Kedua-dua negara ini membimbangkan bahawa Google Workspace mengumpulkan data dari komputer pengguna dan memindahkan data tersebut ke Amerika Syarikat.

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button