MahkamahNasional

Pemandu e-panggilan, penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan

Gagal peras ugut mangsa

SEORANG pemandu e-panggilan dan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan, bulan lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama untuk membunuh, mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

MAYAT pemilik rangkaian klinik, Mohamed Usman Chan Bacha, 41, ditemukan tebing curam di sepanjang Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat antara pukul 12.45 tengah hari pada 26 April dan pukul 6.40 petang 28 April.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati mandatori.

Devan Jayasimhan, 41, dan Hariharan Silvam, 22, mengesahkan mereka faham tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh mangsa, pemilik rangkaian klinik, Mohamed Usman Chan Bacha, 41, selepas gagal memeras ugutnya.

Pembunuhan itu didakwa berlaku berhampiran tebing curam di sepanjang Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat antara pukul 12.45 tengah hari pada 26 April dan pukul 6.40 petang 28 April.

Majistret menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala Tan Cheng Yee mewakili tertuduh selaku peguam. – FMT – SM

BACA PAUTAN Ahli perniagaan rangkaian klinik dibunuh, mayat dimasukkan ke dalam bagasi

BACA Lans Koperal kesat air mata dengar pertuduhan bunuh isteri

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button