NasionalNegeriPendidikan

Program “Food Bank” POLIMAS, Jitra bantu pelajar B40

PERSATUAN Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra menganjurkan program “Food Bank” bagi membantu pelajar kategori B40.

Pengerusinya, Abdul Rahman Huraisen Masri berkata, program ini bertujuan membantu pelajar yang terjejas dengan kos sara hidup di kampus.

“Kehidupan sebagai pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) agak mencabar termasuklah isu kos sara hidup yang memberikan impak kepada pelajar bagi memenuhi keperluan asas harian yang tidak menentu pada masa kini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebahagian dari pelajar POLIMAS kategori B40 mengambil makanan di Food Bank pada waktu pagi.

Beliau berkata, program ini lebih tertumpu kepada menyantuni pelajar kurang berkemampuan melalui agihan makanan asas kering.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa persatuan ini atas khidmat bakti dan usaha merealisasikan program murni ini.

Sementara itu, pelajar Semester Dua, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Nadhirah Solehah Mohd Nazahar berkata, program “Food Bank” amat membantu meringankan perbelanjaannya di kampus.

“Sekurang-kurangnya dengan pengambilan makanan yang diletakkan di “Food Bank” sudah dapat membantu kami tidak kosong perut sekalipun kena berjimat,” katanya.

Katanya, makanan yang diletakkan seperti roti dan makan kering yang lain yang tidak mudah rosak dan amat sesuai sebagai alas perut di waktu pagi sebelum memulakan kuliah.

Manakala pelajar Semester 2 Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Lim Yong berkata, program ini sangat membantu beliau dalam perbelanjaan di kampus.

ROTI atau ban yang disediakan oleh Food Bank POLIMAS, Jitra sedikit sebanyak membantu golongan pelajar B40.

“Saya mengambil makanan di sini untuk mengalas perut sebelum ke kuliah,” katanya.

Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, pihak pengurusan POLIMAS sangat menghargai usahaPersatuan Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan dalam usaha membantu meringankan perbelanjaan para pelajar.

“Kita akan sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan melalui progam ini,” katanya. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button