NegeriRencah Hidup

Hilmi yakin kraf “Abang Kayu HQ” ada kelas tersendiri

SIAPA sangka, dari seorang guru Pendidikan Khas, tetapi akhirnya bertukar bidang untuk menumpukan sepenuh masa sebagai Tukang Kayu. Ternyata pilihan Hilmi Abu Bakar, 30 tepat apabila “Abang Kayu HQ” kini semakin berkembang di Perlis.

Hilmi juga menghasilkan rantai kunci khas untuk “Suara Merdeka”

Anak muda yang mewarisi kebolehan bertukang dari arwah datuknya ini semakin yakin dengan bidang yang diterokai ini disifatkan sangat berpotensi.

Segalanya bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar tahun 2020 di mana pada masa ini beliau terfikir membuat perabot kayu.

Bagaimanapun ketika proses cubaan itu, Helmi menggunakan lebihan kayu pallet yang kemudiannya dihasilkan sebagai meja Jepun dan set kerusi meja.

Dalam tempoh itu setelah dilihat apa yang dihasilkan semakin baik, Hilmi mempromosikan perabot yang dihasilkan itu di media sosial termasuk Facebook (FB). Beliau tidak menjangka sambutan semasa PKP sangat memberangsangkan.

Sebaik PKP tamat, mulai 2021 beliau tidak menoleh lagi sebaliknya bertambah yakin untuk fokus sepenuh masa sebagai Tukang Kayu.

Antara tempahan plak yang dihasilkan oleh Hilmi.

Sambutan yang menggalakkan membuatkan beliau mengupah pekerja bagi membantu menyiap dan menghantar tempahan.

Pada masa yang sama, Hilmi mula memperluaskan perniagaannya dengan menghasilkan kraf berasaskan kayu, “arcrylic” dan “PVC formbord”.

Antaranya beliau menghasilkan papan nama untuk rumah, homestay, gerai makan, jalan dan sebagainya.

“Ada yang menempah kraf tulisan khat untuk dekorasi di rumah bagi orang Islam seperti perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Hilmi juga menghasilkan plak yang mendapatkan permintaan dari sekolah dan juga jabatan kerajaan. Selain itu juga beliau menghasilkan cederamata seperti rantai kunci.

Sejak awal pembabitannya dalam bidang ini, Hilmi banyak menggunakan peralatan secara “manual” yang menurutnya agak mengambil masa bagi menyiapkan tempahan.

Kini beliau sudah mampu membeli peralatan seperti mesin dan komputer untuk lebih pantas menghasilkan produk yang ditempah. Cuma bengkelnya saja masih tidak berubah kerana dibina bersebelahan rumah emak mertuanya.

Jelas Hilmi, pada masa depan beliau bercadang menyediakan sebuah bilik khas untuk pelanggan supaya lebih selesa ketika berurusan.

Hilmi di samping kraf yang dihasilkan untuk dilihat oleh pelanggan yang berkunjung ke bengkelnya.

Sehingga kini, Hilmi masih terus menggunakan FB dengan nama akaun Abang Kayu HQ yang disifatkan sebagai medan terbaik bagi pemasaran produk.

Beliau mengakui sentiasa berusaha menambah baik setiap produk “Abang Kayu HQ” supaya kualitinya dapat bertahan dengan kelas yang tersendiri. – SM

BACA OKU penglihatan rai ulang tahun kedai kraf titip untuk bonda

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button