NasionalNegeri

Pemain, pasukan Woodball Perlis tutup kalendar pertandingan dengan kejayaan gemilang

PARA pemain dan pasukan dari Perlis menutup kalendar pertandingan woodball di tanahair pada tahun ini dengan melakar kejayaan penuh gemilang.

Beberapa di antara mereka mengungguli tempat pertama daripada 12 kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2022 yang berlangsung dari 25 hingga 27 November 2022 anjuran Persatuan Woodball Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perlis.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dewan Semarak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis di Arau, petang semalam.

Antara kategori yang membolehkan wakil Perlis muncul sebagai johan adalah bagi kategori Berpasukan Wanita Terbuka.

Ia dijuarai pasukan Perlis Lion di mana pemainnya terdiri daripada Rosmawati Abidin, Asmawana Aziz, Nor Rinda Ramli dan Qistina Mohd Reffal.

Manakala pasukan Perlis Thunder telah menjadi Johan untuk kategori Berpasukan Lelaki Terbuka di mana pemainnya adalah Suhaimi Ahmad, Abu Hassan Adam, Mohd Faizal Othman dan Zulkifli Said.

Kategori Beregu Campuran Terbuka telah dimenangi oleh Bahrin Ismail dan Nor Azah Halib @Ahmad dari pasukan UiTM Perlis.

Johan bagi kategori Beregu Wanita Terbuka disandang Qistina Mohd Reffal dan Nor Rinda Ramli dari pasukan Perlis Lion.

Manakala kategori Beregu Lelaki Terbuka telah dimenangi oleh pasukan Perlis Fighters iaitu Azizan Zainol dan Mohd Zohri Abdullah.

Kategori Perseorangan Remaja Lelaki pula telah dimenangi oleh Muhamad Aiman Haizad Ariff Fadilah dari pasukan Perlis Junior Woodpecker dan Johan bagi kategori Perseorangan Lelaki Terbuka jatuh kepada Zulkifli Said dari pasukan Perlis Thunder.

Sementara itu pasukan-pasukan lain berjaya memenangi kategori Perseorangan Veteran Wanita oleh Aniah Hassan dari pasukan Kelab Woodball Bandar Diraja Pekan.

Manakala bagi kategori Perseorangan Veteran Lelaki diungguli oleh Zahir Mohd Zain dari pasukan Kelab Woodball Kuala Rompin.

Bagi kategori Perseorangan Remaja Perempuan iaitu Putri Maisarah Khairul Nizat dari pasukan Terengganu telah mendapat Johan.

Kategori Perseorangan Wanita Terbuka pula telah diungguli oleh Loo Lee Lee dari pasukan Persatuan Woodball Malaysia (MWA).

Yang memenangi Kategori khas iaitu Gate in One bagi Lelaki telah dibolot oleh Farizul Alkmal Rahman dari pasukan Majlis Daerah Rompin, Mohd Sharil Hashim dari pasukan Kelab Woodball Metropolitan, Zahir Mohd Zain dari pasukan Kelab Woodball Kuala Rompin, Jamberi Abd Hamid dari pasukan UiTM Perlis (A), Jafri Jusoh dari pasukan JUPEM Perlis dan Danial Woo Ikhwan dari pasukan Politeknik Banting.

Gate in One Perempuan pula telah diungguli oleh Datin Widilestari dari pasukan Kelab Woodball Bandar Diraja Pekan, Rofidah Abd Samad dari pasukan Perlis Ultras dan Alya Umairah Amran dari pasukan Pulau Pinang.

Pertandingan ini dilangsungkan di Laman Woodball Kolej Matrikulasi Perlis di Arau, Laman Woodball Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra di UiTM Perlis, Arau dan Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra.

Sebagai rekod, Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-9 Tahun 2020 yang dirancang pada awalnya untuk diadakan di Perlis tidak dapat dilaksanakan setelah dua kali penangguhan dari tahun 2020 lagi atas sebab pandemik penularan wabak Covid-19 dan juga kekangan pelaksanaan dari segi teknikal dan SOP yang bakal melibatkan negara-negara luar. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button