Politik

Kerajaan stabil dengan lebih dua pertiga sokongan ahli parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan lebih dua pertiga daripada ahli parlimen termasuk pembangkang.

Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada Ismail Sabri mengetuai kerajaan Perikatan Nasional menyaksikan politik negara kembali stabil selepas berdepan dengan kemelut sejak Pakatan Harapan menang pada pilihan raya pada 2018.

Sokongan padu semua pihak itu kekal kerana Perdana Menteri mengotakan janji beliau untuk melakukan transformasi politik negara termasuk menggubal undang-undang lompat parti.

Walaupun terdapat segelintir pemimpin berkepentingan peribadi cuba menggugat kerajaan hari ini, tetapi ia tidak berkesan dengan sokongan yang luar biasa itu.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara seorang perdana menteri mendapat sokongan semua pihak.

Percakaran di dalam parti sendiri adalah perkara biasa dan yang penting Ismail Sabri bijak menanganinya.

Majoriti pemimpin politik pada masa ini juga akur bahawa tumpuan harus diberikan bagi memulihkan ekonomi negara selepas bebas daripada fasa pandemik.

Keazaman Ismail Sabri dan barisan kepimpinan kerajaan jelas dengan pelbagai inisiatif diambil menangani setiap isu ekonomi dan sosial yang timbul.

Ismail Sabri yakin mampu menerajui pemulihan ekonomi negara dan pada masa yang sama berhati-hati bagi mengelak daripada terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi.

Isu bekalan barangan keperluan berjaya ditangani dengan baik dengan langkah tegas diambil oleh Perdana Menteri khususnya bagi memutuskan belenggu kartel selama ini.

Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan hari ini, tetapi semua pihak perlu terus memberi sokongan dan dokongan supaya segalanya berjalan lancar.

Jangan terlalu ghairah dengan sedikit keselesaan masakini hingga kita mengorbankan kestabilan yang kita kecapi, demi mencapai matlamat peribadi bermotifkan politik.

Rakyat rata-rata berpuas hati dengan kerajaan hari ini, jadi orang politik belajarlah menahan diri untuk beberapa bulan sahaja lagi sehingga hingga tamat penggal pemerintahan dan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan tertib.

Sebagai sebuah negara moden dan masyarakat bertamadun negara ini tidak sepatutnya menyaksikan pergolakan politik yang sengaja dicetuskan bagi mengelirukan rakyat.

 

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button