Sukan

Pelumba basikal trek negara Nurul Izzah raih emas pada kejohanan Trek Asia

PELUMBA basikal trek negara Nurul Izzah Asri memenangi pingat emas acara 500m ujian masa wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia semalam.

Nurul Izzah, 19, merangkul kejuaraan selepas mencatat masa 35.499 saat di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi di New Delhi, India.

Kim Bomi (36.374s) dari Korea Selatan dan Mayuri Dhanaraj dari negara tuan rumah (36.481s) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan itu.

Sementara itu, atlet Olimpik Shah Firdaus Shahrom meraih perak dalam acara keirin lelaki, manakala rakan senegara Fadhil Zonis hanya berjaya menduduki tempat ketujuh dalam kalangan 12 pelumba.

Kohei Terasaki dari Jepun meraih emas, manakala Sergey Ponomaryov dari Kazakstan menggondol gangsa.

(Visited 760 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button