Rencah Hidup

Pelukis grafik Mohd. Fahmi Reza jangan biadap

LEBIH 15 jam yang lalu sikap biadap pelukis grafik yang sengaja mencari kontroversi dan publisiti murahan dalam kalangan netizen telah melukis lakaran kartun menyerupai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam mangkuk tandas beserta dengan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kebiadapan pelukis grafik berkenaan, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin terhadap Dr. Hisham yang diiktiraf sebagai antara doktor terbaik dunia, merupakan perbuatan yang tidak sepatutnya dimaafkan.

Apatah lagi jika Mohd. Fahmi Reza ini adalah seorang Melayu yang sepatutnya diajar dan dididik dari kecil tentang adap sopan dan nilai-nilai timur oleh ibu bapanya.

Akan tetapi, bukan mahu menyalahkan si ibu bapa pelukis grafik ini tetapi dirinya sendiri yang mengajar untuk menjadi seorang manusia yang kurang ajar.

Mungkin dia merasakan lucu dengan kapsyen berbunyi, “Please use the toilet”, Mohd. Fahmi Reza yang merasakan dirinya hebat dan kreatif kerana karikatur mirip Ketua Pengarah Kesihatan itu dilukisnya dengan muka tersembul dari mangkuk tandas manakala kedua-dua tangan pula dilukis memegang sisi mangkuk tandas seolah-olah cuba bersembunyi.

Bagi mereka yang mungkin terlepas melihat karikatur biadap oleh Mohd. Fahmi Reza, di sebelah mangkuk tandas duduk itu, terdapat imej pelitup muka di lantai dan bakul sampah yang didalamnya, ada kertas tertera perkataan SOP (prosedur standard operasi).

Warganet rata-rata marah dengan apa yang dilakukan oleh Mohd. Fahmi Reza dan mereka memberikan emoji MARAH dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook milik pelukis grafik itu sejak semalam.

Untuk rekod, terdahulu, Mohd. Fahmi Reza ini pernah melukis karikatur Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk badut.

Perbutan itu dilakukannya pada 2016 turut dikongsinya di Tweeter miliknya.

Memang kalau dilihat, Mohd. Fahmi Reza ini adalah seorang pencari perhatian atau attention seeker dan pasti dia gembira apabila dalam tempoh 22 jam, karikatur biadapnya itu terhadap Dr. Hisham mendapat  tanda 6,000 emoji, lebih 7,400 komentar dan 900 perkongsian.

Bagi Mohd. Fahmi Reza, itu adalah satu pencapaian buat dirinya tetapi persoalannya, apakah kepuasan yang diperoleh hasil daripada karikatur biadapnya itu?

Apa bezanya mempersendakan orang politik dengan penjawat awam kanan Kementerian Kesihatan apabila individu yang disindir itu berusaha untuk membendung wabak Covid-19 gelombang ketiga yang sedang melanda seluruh negara?

Mungkin juga Mohd. Fahmi Reza ketandusan idea bernas untuk menghasilkan karikatur dan terpaksa menggunakan pendekatan sindiran untuk mendapatkan perhatian orang ramai bagi menjengah karikatur yang dihasilkannya.

Secara tidak langsung, karikatur yang kononnya sebuah karya daripada Mohd. Fahmi Reza itu memberi imej yang buruk terhadap profesi pelukis grafik.

Memang kita tidak mahu disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga, tetapi Mohd. Fahmi Reza ini perlu diberi kesedaran. Mahu menyindir, buatlah sindiran yang bijak, yang cerdik. Mahu ‘kenakan’ orang, fikir panjang.

Tidak hairanlah jika ada yang mencabar pelukis grafik yang mencari kontroversi murahan ini untuk bertandang ke mana-mana daerah di Sabah yang mencatat kes Covid-19 paling tinggi di Malaysia. Mungkin dia ada akan dapat ‘ilham’ yang lebih lucu untuk ditafsirkannya menerusi karikatur kartun.

Memetik hantaran pengguna Facebook yang menggunakan akaun Muhamad Na’im Ab Razak, beliau menganggap Mohd. Fahmi Reza ini mempunyai banyak masa lapang dan tidak habis-habis memberontak.

“Mari datang Semporna ni. Aku serap kau masuk pasukan disinfection (pembasmian kuman). Boleh cuci tandas awam juga kalau kau dah suka sangat dengan tandas,” pulang paku buah keras Muhamad Na’im kepada Mohd. Fahmi Reza.

Sebagai satu pengajaran agar Mohd. Fahmi Reza ini jangan secara sembrono melukis karikatur kartun yang diadap sangat pada masa akan datang, dicadangkan polis memanggilnya untuk siasatan. – SM

(Visited 628 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button