Politik

DAP terus tidak puas hati isu pendedahan projek rundingan terus

DAP terus menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendedahan berhubung 101 projek rundingan terus yang didakwa sebelum ini bernilai RM6.61 bilion.

Oleh demikian DAP bukan sahaja mendesak pendedahan terhadap projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) diluluskan.

Malah, meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menggali semula semua projek rundingan terus diluluskan BN dan juga Perikatan Nasional (PN).

“Seruan untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat semua perjanjian rundingan terus dalam sepuluh tahun yang lepas.

“Daripada tahun 2010 sehingga 2020, merangkumi ketiga-ketiga kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH), dan PN.

“Adakah Tengku Zafrul akan membawa agenda penubuhan RCI ini ke kabinet hari ini (Jumaat 28 Ogos).

“Untuk menyiasat kesemua kontrak rundingan terus yang berlaku di bawah ketiga-tiga kerajaan BN, PH dan PN.

“Untuk mengumumkan penubuhan RCI ini pada Hari Kebangsaan 31 Ogos ini?”

Demikian gesaan dibuat bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya Jumaat lalu.

TENGKU ZAFRUL

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kerajaan PH sebelum ini meluluskan 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion.

Bagaimanapun, dakwaan itu kemudian dinafikan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Guan Eng menyatakan, projek rundingan terus diluluskan PH hanyalah melibatkan kos RM352 juta atau 0.07 peratus daripada RM6.61 bilion.

Selebihnya, 99.93 peratus adalah projek yang diwarisi daripada kerajaan BN yang bernilai RM6.26 bilion.

LIM GUAN ENG

Justeru, dalam pendedahan tersebut, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa Tengku Zafrul mungkin diberikan maklumat yang salah.

Ini kerana menurutnya, tidak mungkin kesemua kementerian terlibat tidak akan bersama-sama dengan beliau menjelaskan dakwaan tersebut.

“Guan Eng juga telah mendakwa, merujuk kepada senarai 101 kontrak-kontrak ini, empat orang pimpinan utama Bersatu terlibat dengan kontrak kerajaan.

“Mereka adalah Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau merupakan Menteri Dalam Negeri PH.

“Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

“Adakah Tengku Zafrul akan mengadakan sidang media bersama dengan keempat-empat menteri ini untuk menjelaskan cerita mereka?

“Apa-apa pun, masanya telah tiba untuk satu RCI ditubuhkan bagi menyiasat kesemua kontrak-kontrak rundingan terus yang berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lepas.

“Daripada tahun 2010 sehingga 2020 yang merangkumi ketiga-ketiga kerajaan BN, PH dan PN,” ujarnya. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button